Petang
esok dia akan menjalani pembedahanm ata di We Care Health Service iaitu sebuah
hospital pakar mata terbaik di India. Hatinya membentak. Sejujurnya dia tidak mahu dibedah. Tapi astas
permintaan dan pujukan ibu bapanya. Hamzah akur. Kata-kata ibunya menyusupi
hati keras Hamzah. Pembedahan itu dibiayai sepenuhnya rakan bapanya yang
merupakan seorang ahli perniagaan.
‘Saya tidak mahu dibedah, saya sudah
lali dengan kehidupan buta saya ini! Mengapa abah dan emak beriya-iya benar?”
suaranya agak meninggi. “adik, ni sahaja permintaan ibu pada adik. Tidakkah
terlintas, adik mahu, menatap wajah emak? wajah abah, abang dan kakak? Merka
semua mahu adik melihat. Jangan lepaskan peluang ni, adik” Hamzah dapat
merasakan getaran anak tekak emaknya. Hamzah terdiam seribu bahasa. Dia
seolah-olah kehilangan kata-kata. Hamzah seorang anak yang baik. Dia tidak
pernah mengikari kata-kata emaknya, apatah lagi menginggikan suara.
Akhirnya, Hamzah bersetuju untuk
menjalani pembedahan. Dia kehilangan salah satu pancainderanya itu sewaktu
umurnya mencecah 8 tahun. Waktu itu emak dan abahnya begitu kecewa. Emak dan
abah Hamzah tidak putus-putus berikhtiar menyembuhkan penglihatannya. Menurut
doktor di Hospital Besar Seremban, Hamzah mengidapi “glucoma”. Malaysia tidak mempunyai kepakaran untuk merawat penyakit
itu. Itulah penjelasan daripada doktor setelah beberapa kali dia ke hospital
untuk diperiksa dan mendapatkan rawatan. Perubatan tradisional pun banyak telah
dia pegi.
Setelah
beberapa lama dia berkurung di rumah dan tidak ke sekolah seperti teman-teman
seusianya, akhirnya dia dihantar bersekolah di sekolah pendidikankhas atas
nasihat rakan-rakan emaknya. Hamzah dihantar ke Johor Bahru untuk bersekolah di
Princess Elizabeth School – sekolah rendah berasrama pendidikan khas bagi
murid-murid masalah penglihatan.
Sejak itu, dari berumur 8 tahun,
Hamzah terpaksa berjauhan dengan keluarga. Pastinya hati emaknya berat untuk
melepaskan anak bongsunya itu. Namun, demi masa depan Hamzah, emaknya redha.
Hamzah dan emaknya sungguh erat sebelum peristiwa hitam menimpa Hamzah.. Hamzahlah
buah hati emaknya. Ke mana sahaja emaknya pergi, Hamzah akan menemani.
Semasa
emak dan abahnya menghantar Hamzah
memasuki Sekolah Princess
Elizabeth itu, emaknya tidak mampu menahan tangisannya. Emak memeluk erat
Hamzah. Air mata emak bergelinangan membasahi baju Hamzah. “Adik, jaga diri
baik-baik ye, dengar cakap cikgu. Cari kawan yang baik-baik” pesanan emak
dialuni suara esaknya. “Mak... jangan tingalkan adik...” meraung-raung Hamzah sambil
tangannya terus erat memeluk emaknya.
Emak
terpaksa meleraikan pelukan itu kerana tida berapa lama lagi keratapi ke Butterworth
akan tiba. “emak dengan abah kena pergi dulu ye, dik” emak memujuk Hamzah dan
melepaskan pelukan terhadap Hamzah. Emak berlalu ke arah teksi yang sedia
menunggu. Dalam pada itu, Hamzah cuba mengejar dan mendapat emaknya waktu emak
dan abahnya menaiki teksi.. Sehingga Hamzah jatuh ke longkang kecil. Lututnya
berdarah. Emak dan ayah terpaksa bermalam dan membatalkan tiket kerata api
untuk ke pulang ke Butterworth, Pulau Pinang. Emak tak sampai hati melihat anak
bongsunya terus-terusan menangis.
Tapi lama-kelamaan Hamzah mula
biasakan diri tingal di asrama. Dia diasuh menguruskan diri. Di sekolah itulah,
dia mengenali seorang gadis yang sehingga kini menjadi teman akrabnya. Alia
seorng gadis dari daerah Jempol, Negeri Sembilan. Alia seorang gadis yang ceria
walaupun dilahir gelap. Bagi Hamzah, dia masih bertuah kerana dia pernah
melihat dunia walaupun hanya untuk 8 tahun sahaja.
Hamzah dapat melihat wajah emak dan
ayahnya sebelum penglihatannya terpadam akibat penyakit ‘Glucoma’. Jawapan Alia
benar-benar mengusik jiwa Hamzah. “Lia, kalau awak diberi peluang seminit je
untuk nampak, apa yang awak nak tengok?” soal Hamzah. Saya nak tengok wajah ibu
saya. Saya teringin nak tengok wajah yang membesarkan saya dengan penuh kasih
sayang itu. Insyallah, Allah akan bagi peluang
itu di syurga nanti” jawab Alia
dengan nada yang sayu. Terkelu Hamzah mendengar kata-kata itu. Ingatan Hamzah
jauh terbayang pada emak di kampung. Kerinduannya pada emak menyengat di dalam
jiwanya.
Hamzah masih ingat wajah emak ketika
dia masih nampak dahulu. Waktu kecil dahulu dia selalu menatap wajah mesra emak. Hamzah masih ingat sewaktudia
berusia tujuh tahun, dia pernah menolong emaknya bersolek. “Emak buat apa tu?
Hamzah datang menghampiri ibunya yang duduk mengadap cermin meja solek. “Emak tengah siap-siap, nak pergi
jalan-jalan. Adik nak ikut tak?” jawab
ibu. “Nak ikut, mak.. Emak, nak tolong emak boleh? Biar adik bedakkan muka mak”
pinta Hamzah. Wajah emak ketika itu menjalma dalam kotak fikirannya dan terus
abadi dalam ingatannya sehingga sekarang
Sekarang sudah hampir 15 tahun dia tidak menatap wajah
emak. Dia teringin sekali melihat redupan wajah emak. Wajah emak lembut, keningnya halus menghiasi
bahagian atas mata, mata emak lirik, alis bulu mata ibu lebat menambah
kecantikan emak. Senyuman manis emak menambahkan seri di wajah emak..Wajah
itulah yang sering diingati dan tidak pernah terpadam biarpun ia sudah
bertahun-tahun memasuki raung ingatan Hamzah. Tetapi kini adakah dia bakal
melihat semula wajah emak setelah menjalani pembedahan itu? Emak pasti masih
cantik seperti waktuku kecil”soalnya sendirian. Adakah esok ada sinar untukku? Sinar yang bakal menggamit penglihatanku. Untuk Hamzah mengukir senyuman menatap wajah emak
Emak tidak henti-henti berdoa dan sujuh
menghadap Ilahi agar Hamzah diberi peluang untuk melihat. Emak tidak dapat pegi
memandangkan kos yang dibiayai hanyalah untuk Hamzah menjalani pembedahan. “Ya
Allah, permudahkanlah pembedahan anakku, Hamzah. Berikanlah dia peluang untuk
melihat wajah emaknya dan keindahan dunia ciptaan-Mu ini”. Emak sujuh dan terus
sujud meminta belas ihsan penciptaNya.
Hamzah menerima panggilantelefon
dari Malaysia. Rupanya kakaknya yang menghubunginya ketika itu. “adik, bersabar
ye dik” suara kakak kedengaran agak sayu ketika itu. “kenapa kak, apa yang dah
jadi kak” Hamzah bertalu-talu dengan soalannya. Hamzah cemas dengan kenyataan
kakaknya itu. Kakak terdiam seketika. Hamzah dapat mendengar suara tangisan
kakak. “Cakap la kak, apa yang berlaku? Kenapa akak diam dan menangis ni?
Hamzah terus resah.